Perkhidmatan

ANABELLA HIJAMA menyediakan pelbagai rawatan dan perkhidmatan secara bergerak (mobile) dikhususkan buat kaum wanita antaranya seperti rawatan berbekam, lulur badan, terapi urutan, dan sebagainya.

Senarai harga & perkhidmatan daripada Anabella Hijama :

NOTA :
**Harga adalah tidak termasuk cas perjalanan ke rumah anda
**Cas perjalanan tertakluk kepada jarak kilometer, masa & tol (jika ada)







PAKEJ SPA KAKI

Sepasang kaki milik seorang wanita juga boleh dikategorikan sebagai salah satu mahkota dan aset wanita, tidak kira sama ada bagi wanita yang bekerjaya apatah lagi bagi seorang surirumah. Penjagaan kaki seharusnya dititikberatkan bagi memudahkan pergerakan bagi seorang superwoman

PAKEJ SPA KAKI dimulai dengan skrub kaki, rendaman limau bersama Cooling Foot Salt daripada Srisari Herbs kemudian diakhiri dengan urutan di sekitar kaki. 
Tujuannya adalah untuk menyingkirkan daki, menyegarkan, melegakan serta melancarkan peredaran darah pada bahagian kaki.


♥♥♥


PAKEJ PENUTUP PANTANG

Tempoh berpantang adalah suatu tempoh jangka masa bagi seorang wanita untuk berehat sepenuhnya daripada melakukan sebarang kerja-kerja berat dan sebagainya. Berpantang adalah bertujuan agar seorang ibu kembali pulih malah lebih sihat daripada sediakala untuk kembali bekerja dan kembali menjalani kehidupan.

Amatlah bertuah bagi mereka yang berpantang dengan bantuan penjaga khas seperti Confinement Lady ataupun dibantu oleh ahli keluarga terdekat seperti ibu dan ibu mertua. Bagi yang memilih untuk berpantang sendiri di rumah, inilah masanya untuk anda terasa dibelai dan dilayan bak puteri !  

PAKEJ PENUTUP PANTANG merangkumi urutan seluruh badan berserta sengkak peranakan dan urat besar (atau juga disebut sebagai urat gagah), mandian aura bunga, lulur badan dan juga ukup wangi (bertangas ratus wangi perawan).

Penutup pantang adalah salah satu persediaan peralihan waktu seorang ibu daripada tempoh berpantang dengan bauan herba, ke arah mempersiapkan diri untuk kembali bergelar superwoman !


♥♥♥


PAKEJ BEKAM KLINIKAL

Daripada Ibnu Abbas RA, bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda :
"Kesembuhan itu adapada 3 perkara, iaitu (1) Minum Madu, (2) Berbekam dan (3) Pemanasan Api, dan aku melarang umatku melakukan dengan cara pemanasan api"
Sahih Ibnu Majah, No 4052

Sabda Rasulullah S.A.W : 
"Sebaik-baik rawatan adalah berbekam"
Musnad Ibnu Abbas 1/500


Berbekam merupakan rawatan komplimentari yang juga adalah kaedah perubatan sunnah teragung baginda S.A.W. Kaedah berbekam bukan sahaja diamalkan oleh muslim malah ianya juga turut diterima dan diamalkan di China dan juga British, sebagai salah satu perubatan natural dan alami.

Berbekam boleh diamalkan sebagai menjaga 'maintenance' tubuh dan juga sebagai ikhtiar kepada sesuatu penyakit. Dapatkan rundingan Jurubekam kami terlebih dahulu sebelum mula memilih pakej bahagian bekam yang sesuai dengan anda !

♥♥♥


PAKEJ ANTI STRESS

Menggabungkan dua kaedah rawatan iaitu perubatan sunnah teragung bersama urutan tradisional Melayu yang tidak kurang hebatnya. Secara ringkasnya, kaedah urutan bertindak untuk membantu melancarkan peredaran darah di dalam tubuh manakala rawatan berbekam sebagai pembuangan toksin daripada tubuh.

Kedua kaedah ini digabungkan agar menjadi ikhtiar kepada penyakit yang berkaitan dengan muka, kepala, bahu dan leher seperti migrain, resdung, sakit bahu dan sebagainya.

Ikhtiar dengan perubatan sunnah, InshaAllah. 


♥♥♥


PAKEJ RATU SEHARI

Khas buat bakal pengantin, kini anda berpeluang untuk memanjakan diri sambil merawat diri tanpa perlu ke spa, sebaliknya Juruterapi kami yang ke kediaman anda ! 

Pakej Ratu Sehari dimulai dengan urutan kesejahteraan, agar si gadis bakal pengantin merasa relaks dan tenang ketika dibelai dengan urutan, untuk melancarkan peredaran darah dalam tubuh. Kemudiannya diikuti dengan bertangas, atau bahasa mudahnya adalah V-Spa iaitu kaedah tradisional dalam merawat dan menjaga bahagian intim wanita.

Lulur badan atau bahasa modennya skrub badan adalah berfungsi untuk menyingkirkan sel kulit mati pada tubuh, membantu melicinkan dan mencerahkan kulit. Seterusnya, bakal pengantin akan dimandikan dengan bunga-bungaan segar yang dititiskan bersama pati bunga dari Srisari Herbs. Dinasihatkan agar rawatan ini dilakukan sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum tarikh pernikahan.

Senang cerita, pakej ratu sehari adalah persediaan lengkap bagi bakal pengantin agar tampil lebih berseri dan beraura pada hari perkahwinan !


♥♥♥


PAKEJ TERAPI ADINDA

Pakej terapi adinda adalah khusus buat para wanita masa kini yang memerlukan perawatan badan secara keseluruhan, menggunakan kaedah tradisional Melayu. Mengapa 3 kali? Agar tubuh 'tidak terkejut urat' apabila difokuskan kepada urat dan point-point penting pada tubuh. Begitu juga halnya dengan Sengkak peranakan, adalah sebaiknya dipulihkan terlebih dahulu urat-urat pada bahagian yang berkaitan barulah boleh dilakukan Sengkak dengan kaedah yang tidak menyakitkan.


♥♥♥


No comments:

Post a Comment