Selalunya bila disebut perkataan 'Tungku' pastinya yang terlintas di fikiran kita : penjagaan selepas bersalin. Betul, tapi amalan bertungku sebenarnya lebih meluas lagi.
Amalan bertungku bukanlah sekadar untuk kegunaan wanita selepas bersalin (umum mengetahui ianya berfungsi dalam proses pengecutan rahim) tapi ianya juga digunakan untuk melegakan kebas kaki, sakit-sakit badan, memberi kelegaan untuk sakit ketika haid atau senggugut, membantu membuang lebihan angin dalam badan, menggantikan amalan sauna serta sebagai terapi kecerdasan diri.
Cara-caranya :
Batu Sungai dipanaskan di atas dapur dengan api perlahan selama 20 - 30 minit bergantung kepada saiz batu. Api perlu perlahan agar panas meresap ke dalam batu dan batu lebih tahan lama panasnya. Jangan gunakan api besar , dikhuatiri akan menyebabkan batu sungai mudah merekah dan pecah.
Batu sungai yang telah dipanaskan kemudiannya dibalut dalam bungkusan kain (selalunya kain sarung) yang dilapisi dengan dedaunan herba terpilih. Antara daun-daun herba yang terbaik dan selalunya menjadi pilihan adalah daun Mengkudu, daun Sireh, daun Lengkuas, daun Lemuni, halba, habbatussauda, serai wangi dan pelbagai lagi.
Setelah dibalut kemas, boleh diikat dibahagian hujungnya dengan tali atau tuala kecil supaya tidaklah terburai.
Bertungku sebaiknya dilakukan dalam posisi berbaring.
Antara kawasan yang perlu difokuskan ketika bertungku adalah di sekitar perut, ulu hati, pinggang dan ari-ari. Bahagian badan yang lain juga boleh ditungku (seperti kaki, belikat, dan lain-lain) tapi tidak perlu terlalu lama kerana ada bahagian yang lapisan kulit agak nipis seperti bahagian bawah ketiak & tengkuk.
Antara manfaat bertungku adalah :
- Membantu kelancaran pengeluaran darah nifas dan darah beku
- Membantu proses pengecutan rahim
- Melembutkan urat dan otot yang tegang
- Membantu memecahkan lemak dan angin bertoksik dalam badan
Pesan hakak :
Pilihlah terapis yang menawarkan bertungku & tuaman di seluruh badan. Barulah umphhh.
#anabella
No comments:
Post a Comment