Tempoh berpantang adalah bermula setelah seorang ibu melalui
proses melahirkan bayi. Kebiasaan amalan berpantang di dalam masyarakat Melayu
adalah selama 44 – 100 hari. Tempoh berpantang adalah sebenarnya bertujuan
untuk memulihkan kembali kekuatan fizikal dan emosi seorang wanita selepas
memalui proses melahirkan. Antara amalan yang diamalkan dalam tempoh berpantang
adalah mandi air rebusan daun herba dan rempah ratus (juga dikenali dengan
Mandi Serom)
Air mandian herba atau berserom dalam amalan berpantang
secara tradisional sedikit sebanyak mampu mengembalikan kesegaran kepada tubuh
badan. Ini terjadi kerana terdapat manfaat dan khasiat-khasiatnya yang
tersendiri dalam daun-daun herba seperti daun inai, daun pandan, daun kapal terbang,
daun serai wangi, daun mengkudu, daun senduduk, daun lengkuas, daun lemuni,
daun gandarusa dan lain-lain lagi.
Daun Mengkudu
Daun Lemuni
Daun Lengkuas
Daun Inai
Amalan mandi herba adalah digalakkan untuk berterusan selama
2 minggu berturut-turut, pada waktu pagi dan petang. Mulakan menjirus dari bahagian
kaki ke atas. Untuk bahagian kepala, disarankan guna air paip seperti biasa
bukan menggunakan air rebusan herba.
Antara faedah & kebaikan mengamalkan mandian herba :
- Menyegarkan tubuh
- Melancarkan peredaran darah
- Mengeluarkan toksin daripada tubuh
- Meringankan tubuh
- Mengurangkan rasa sengal badan
- Merehatkan otot dengan air hangat rebusan herba
Bahan-bahannya :
- Serai wangi (diketuk & dihiris)
- Halba (anggaran dalam 2 sudu)
- Bawang putih beberapa ulas (diketuk)
- Asam keping
- Kulit kayu manis
- Daun jambu batu
- Daun lengkuas
- Daun limau purut
- Daun pandan
- Daun-daun herba seperti yang dinyatakan di atas JIKA ADA
Rebus kesemuanya sehingga mendidih, kemudian campurkan ke
dalam air biasa di dalam baldi agar terasa suam-suam kuku kemudian dibuat mandi
pada setiap pagi & petang.
Terasa leceh nak cari bahan, sediakan bahan semua ni? Tak
mengapa, dapatkan sahaja dari Srisari Herbs, tinggal nak rebus & mandilah
dengan aman !
Mandian Ratus Herba (6 uncang)
RM
15 exc postage
Mandian Ratus Herba (20 uncang)
RM 42 exc postage
ATAU
Pek Mandian Herba dan Rempah (1
pek)
RM 28 exc postage
No comments:
Post a Comment