Monday, 25 December 2017

SENGKAK

Sengkak, atau dikenali juga sebagai urut naikkan peranakan adalah amalan yang dilakukan secara tradisional untuk menaikkan peranakan ibu, terutamanya bagi ibu selepas bersalin. Sewaktu proses kehamilan, rahim ibu membesar berganda-ganda daripada saiz asal dan setelah proses kelahiran berlaku, rahim akan mula mengecut dalam tempoh 40 – 44 hari dan berkemungkinan rahim yang mengecut itu boleh tersasar daripada tempat asalnya atau  ‘sarangnya’.


Sengkak sesuai dilakukan pada hari ke 45 iaitu selepas tempoh berpantang.

NOTA : untuk ibu yang melahirkan secara NORMAL sahaja.
Bagi kelahiran secara ceaserian, sengkak hanya boleh dilakukan pada tempoh 1 tahun dan ke atas setelah melahirkan.


Peringatan : rahim yang telah disengkak berkemungkinan boleh turun semula atau teralih kedudukannya jika seorang wanita itu melakukan kerja berat dan beraktiviti lasak.




MENGAPA RAHIM TURUN? / prolapse

Rahim adalah organ yang sangat mudah bergerak di dalam rongga pinggul wanita. Rahim berada pada tempatnya dengan ‘dipegang’ oleh banyak otot dan ligament yang tersusun dengan jaringan urat.

Tekanan sewaktu kehamilan dan proses kelahiran membuatkan rahim berubah keadaan dan kedudukan. Ini boleh menjadi penyebab utama rahim turun / prolapse uterus.
Bagi wanita yang bukan hamil dan tidak melalui proses melahirkan, masalah rahim turun / prolapse uterus juga boleh berlaku. Antara sebab berlakunya adalah kerana ;
  • Faktor usia – menopaus
  • Mengalami batuk yang kronik
  • Melakukan kerja fizikal yang berat
  • Beraktiviti lasak – seperti jogging, berlari, senamrobik yang memerlukan pergerakan lincah dan melompat
  • JARANG TERJADI – wanita yang lemah otot rahimnya sejak lahir, mudah berlaku prolapse uterus meskipun wanita itu belum pernah melahirkan anak.


SENGKAK SAHAJA TIDAK MEMADAI?

Ya, dengan urutan bersengkak sahaja tidak akan memadai sekiranya seseorang itu mengalami lemah otot rahim. Otot rahim yang lemah akan berpotensi menyebabkan berlaku lagi penurunan rahim. Antara kaedah untuk mengatasi dan memulihkan masalah otot rahim lemah adalah dengan sering melakukan Senaman Lantai Pelvik dan Senaman Kagel (senaman kemut) sewaktu aktiviti bertangas.


#anabella #sengkak #peranakan #tradisional 

BERTUNGKU

Selalunya bila disebut perkataan 'Tungku' pastinya yang terlintas di fikiran kita : penjagaan selepas bersalin. Betul, tapi amalan bertungku sebenarnya lebih meluas lagi.

Amalan bertungku bukanlah sekadar untuk kegunaan wanita selepas bersalin (umum mengetahui ianya berfungsi dalam proses pengecutan rahim) tapi ianya juga digunakan untuk melegakan kebas kaki, sakit-sakit badan, memberi kelegaan untuk sakit ketika haid atau senggugut, membantu membuang lebihan angin dalam badan, menggantikan amalan sauna serta sebagai terapi kecerdasan diri.


Cara-caranya :
Batu Sungai dipanaskan di atas dapur dengan api perlahan selama 20 - 30 minit bergantung kepada saiz batu. Api perlu perlahan agar panas meresap ke dalam batu dan batu lebih tahan lama panasnya. Jangan gunakan api besar , dikhuatiri akan menyebabkan batu sungai mudah merekah dan pecah.

Batu sungai yang telah dipanaskan kemudiannya dibalut dalam bungkusan kain (selalunya kain sarung) yang dilapisi dengan dedaunan herba terpilih. Antara daun-daun herba yang terbaik dan selalunya menjadi pilihan adalah daun Mengkudu, daun Sireh, daun Lengkuas, daun Lemuni, halba, habbatussauda, serai wangi dan pelbagai lagi.


Setelah dibalut kemas, boleh diikat dibahagian hujungnya dengan tali atau tuala kecil supaya tidaklah terburai.
Bertungku sebaiknya dilakukan dalam posisi berbaring.
Antara kawasan yang perlu difokuskan ketika bertungku adalah di sekitar perut, ulu hati, pinggang dan ari-ari. Bahagian badan yang lain juga boleh ditungku (seperti kaki, belikat, dan lain-lain) tapi tidak perlu terlalu lama kerana ada bahagian yang lapisan kulit agak nipis seperti bahagian bawah ketiak & tengkuk.

Antara manfaat bertungku adalah :
  • Membantu kelancaran pengeluaran darah nifas dan darah beku
  • Membantu proses pengecutan rahim
  • Melembutkan urat dan otot yang tegang
  • Membantu memecahkan lemak dan angin bertoksik dalam badan

Pesan hakak :
Pilihlah terapis yang menawarkan bertungku & tuaman di seluruh badan. Barulah umphhh.

#anabella