Sengkak, atau dikenali juga sebagai urut naikkan peranakan
adalah amalan yang dilakukan secara tradisional untuk menaikkan peranakan ibu,
terutamanya bagi ibu selepas bersalin. Sewaktu proses kehamilan, rahim ibu
membesar berganda-ganda daripada saiz asal dan setelah proses kelahiran
berlaku, rahim akan mula mengecut dalam tempoh 40 – 44 hari dan berkemungkinan
rahim yang mengecut itu boleh tersasar daripada tempat asalnya atau ‘sarangnya’.
Sengkak sesuai dilakukan pada hari ke 45 iaitu selepas
tempoh berpantang.
NOTA : untuk ibu yang melahirkan secara NORMAL sahaja.
Bagi kelahiran secara ceaserian, sengkak hanya boleh dilakukan pada tempoh 1 tahun dan ke atas setelah melahirkan.
NOTA : untuk ibu yang melahirkan secara NORMAL sahaja.
Bagi kelahiran secara ceaserian, sengkak hanya boleh dilakukan pada tempoh 1 tahun dan ke atas setelah melahirkan.
Peringatan : rahim yang telah disengkak berkemungkinan boleh
turun semula atau teralih kedudukannya jika seorang wanita itu melakukan kerja
berat dan beraktiviti lasak.
MENGAPA RAHIM TURUN? / prolapse
Rahim adalah organ yang sangat mudah bergerak di dalam
rongga pinggul wanita. Rahim berada pada tempatnya dengan ‘dipegang’ oleh
banyak otot dan ligament yang tersusun dengan jaringan urat.
Tekanan sewaktu kehamilan dan proses kelahiran membuatkan
rahim berubah keadaan dan kedudukan. Ini boleh menjadi penyebab utama rahim
turun / prolapse uterus.
Bagi wanita yang bukan hamil dan tidak melalui proses
melahirkan, masalah rahim turun / prolapse uterus juga boleh berlaku. Antara
sebab berlakunya adalah kerana ;
- Faktor usia – menopaus
- Mengalami batuk yang kronik
- Melakukan kerja fizikal yang berat
- Beraktiviti lasak – seperti jogging, berlari, senamrobik yang memerlukan pergerakan lincah dan melompat
- JARANG TERJADI – wanita yang lemah otot rahimnya sejak lahir, mudah berlaku prolapse uterus meskipun wanita itu belum pernah melahirkan anak.
SENGKAK SAHAJA TIDAK MEMADAI?
Ya, dengan urutan bersengkak sahaja tidak akan memadai
sekiranya seseorang itu mengalami lemah otot rahim. Otot rahim yang lemah akan
berpotensi menyebabkan berlaku lagi penurunan rahim. Antara kaedah untuk
mengatasi dan memulihkan masalah otot rahim lemah adalah dengan sering
melakukan Senaman Lantai Pelvik dan Senaman Kagel (senaman kemut) sewaktu aktiviti bertangas.
#anabella #sengkak #peranakan #tradisional